Selasa, 25 Ogos 2009

Tidak Bersahur dan Berbuka Berlebihan..

Orang gerak kan sampai sepuluh kali kot,
tak bangun gak, siap tido penuh kekusyukan lagi tu..
Hah nie lah akibat kalau tak bangun sahur,
tido sampai tak ingat dunia....


Nie plak, akibat berbuka berlebihan,
gerenti tak sembahyang terawih nie,kan??
siap leh tido beralaskan pinggan sendiri plak..

Perlumbaan Kasut Tumit Tinggi....

Tu dia hah, aku ingat kalau pompuan pakai kastu tumit tinggi nie, xleh lari sebab susah nak seimbang.. Tapi pikiranku jauh meleset apabila ter "discover" plak gambar-gambar nie kat email aku. Memang tabik spring lah kat diorang nie, mana tau kat Malaysia ada idea nak wat camtu gak ke??hahahahaha... peh mesti sakit kan.. biar korang menilai sendiri lah benda nie,k..


Haaa, dalam nak pertanding nie, penampilan harus dijaga gak kan,hahahaha...

Siap ada kasut patah hah, leh plak dia wat camtu,hahahahah...

"Bangga aku dah tamat perlumbaan nie, korang apasal lambat sangat hah?"

Isnin, 24 Ogos 2009

Amazing Funny Pic...






Latihan China airline....









Susah gak kan nak jadi pramugari nie ek... macam-macam kena wat, siap ada latihan menari lagi tuh.. Apa kena mengena menari ngan keje pramugari ek?? Ok lah, bagi sesiapa je yang nak teringin nak jadi pramugari camnie, senyum lah selalu, k. heheheheheh...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan....

Bulan mulia, bulan terbaik untuk umat Muhammad s.a.w telah diwajibkan dalam rukun islam ketiga, yakni berpuasa dalam bulan Ramadhan... Perh,bersyarah lah plak... Malam pertama terawih kat balai islam ari tu, wat kan hati aku syahdu sebab Allah membuka kesempatan untuk aku untuk jumpa bulan Ramadhan nie.. Aku rasa Allah masih sayang kan aku, dan ingin memberi kesempatan untuk aku tambah amalan yang selama nie, asyik ciput suam-suam kuku je...
Walaupun dulu, aku penah makan curi-curi time kecik2 dulu, tapi aku sedih bila Allah tak pandang kita punya kesilapan itu sayu dosa, yelah time kecik lagi kot, xtau menda lagi..
Betul lah cakap kawan aku, Allah tak pandang kita leh ubah orang(dari jahat ke baik), Allah juz pandang kita punya usaha je.. itu pun dikirakan sebagai pahala gak.. Senang je nak wat pahala, tapi ramai plak yang susah payah nak wat dosa...Aku pun tak faham ngan orang-orang camnie.
Nie latihan pose kali nie, bagi aku tak perit cam dulu, kekadang tertidur lah menunggu waktu buka, dan kekadang tu gi kedai apek cina, beli ais krim sampai tak perasan langsung time tu pose.. Hahaahahaha, sampai bapak aku tampar ais krim yang aku dok syok jilat tu, nak nangis kot, tapi bila mak aku tanya," tak pose ke?", terus aku ludah cepat-cepa, basuh mulut... Hahahaha, memang kelakar time tu.. Memang time-time kecik, kenangan yang paling best aku belajar pose.. Dan alhamdulillah sekarang aku dah lali ngan pose nie, macih kat makbapak aku, yang selalu tak jemu ajar aku pose... macih mama. macih abah... amy lap u all very much!!!!

Isnin, 17 Ogos 2009

Kalender Jijik....

Salam... Hari nie aku discover sebab apa selalu dalam kalender ada gambor pompuan je, xde pun gambor lelaki. Korang nak tau sebab apa, meh tengok sebahagian dari kalender jika lelaki menjadi cover dalam kalender kite...

Amaran: Jangan menonton sambil makan dan kepada sesiapa yang mempunyai lemah semangat, jangan tengok lama2, k...










Khamis, 13 Ogos 2009

Jenama Pelik D'China 2

Hahahaha, kali nie plak tempat yanag sama, negara China (di Wenan Jie), signboard dah siap tapi belum operasi jer lagi. Mari kite tengok sesama, agak-agak korang leh teka ke kedai apa nie semua? Alah, semua kedai-kedai nie ada je kat Malaysia, belambak kot, cuba ingat btul2...

NO.1
Nie kalau sapa xpenah masuk Watson yang selalu kat ada kat pasaraya-pasaraya besar, memang xtau lah. Tapi kat sana pun ada gak, Tapi bukan Watson, dah jadi Watons plak... Aaa, sudah tukar kalu... Apa yang diorang nak jual pun, kita tak leh nak agak, takut-takut jual mee wantan je kot.. hahahahahah...

NO. 2
Sekali pandang, macam bisa ku lihat, tapi dimana ya.. Memang macam McDonald, tapi kenapa M dia cam double plak tu... Konfius aku...

NO.3
Aku rasa sebelum 7 eleven tercipta, nie kedai asal kot 1 eleven.. Yelah camner nak bilang no. 7, kalau bukan dari no. 1, kan... Hahahahaha..

NO.4
Nie aku juz simpan last-last sebab apa, sebab memang kelakar giler, ada ke Starbucks dia leh terbalik kan je jadi lah Bucksstar...Hahahahaha... Pecah perut aku...hahahahah...

Rabu, 12 Ogos 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

Beliau, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Sama-sam kita sedekah kan al-fatihah pada allahyarham ustaz asri, semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman, insyallah..
Sumber dari: harakagdaily dan berita harian

Selasa, 11 Ogos 2009

Blog Nasyid D'Malaysia...

Salam......
Hah, ari nie abang afiq, iskandar dan aku telah melancarkan satu blog nasyid yang bernama Citra Nasyeed... Nie semua abang afiq punye idea, cam korang tak kenal abang afiq nie, memang dia nie banyak idea woo... Yang kat atas tu, gambar tema kitorang wat... Leh tahan kan... Lawa plak kalau tengok banyak2 kali...hehehehehe... Wa tabik spring sama lu lah, abang afiq..
Nie lah dia abang afiq... Buat-buat study lah konon, hahahahah...Bagi sesiapa yang tak kenal abang afiq nie, dia nie senior aku kat Uniten Muadzam Shah nie, sebab dia jugak lah aku terkecimpung dalam nasyid nie secara tidak langsung nye... Dia dulu ambik Diploma Business, ngan geng2 dia dulu, cam Sarjen suma, dan puak2 yang ngam-ngam lah, ada je event, mesti muka-muka diorang je lah.. Sebab apa, diorang nie ukhuwah tak sama cam sekarang, pakat sombong jer... Dulu jumpa je tepi jalan, tak kira lah kenal ke tak, sembang cam 5 tahun tak jumpa tuu.... Tegur menegur nie, memang amalan diorang, sampai kan kawan jatuh motor 5 minit tadi pun, semua tau... Nak wat jahat pun susah, bak kata orang lagu tuh lah... Sekarang bukan cam dulu, itu kekadang aku teringat mesti aku senyum sesorang, kenangan-kenangan yang manis nie, tak dapat aku delete dalam kepala otak aku nie...

Ok, sambung balik, blog Citra Nasyeed (CN) nie kitorang ada banyak function nye, ada minus one lebih dari 300 lagu-lagu nasyid tanah air, lagu-lagu terbaru nasyid dari tanah air dan sebarang pun ada gak, plus chat room untuk peminat-peminat nasyid melontarkan idea dan kritikan membina supaya kita dapat maju dan terus berkembangnya nasyid tanah air nie... Kalau bukan kita, sapa lagi...Dan kami alu-alukan kepada semua peminat nasyid yang baru nak berkembang, leh r promosi korang nye lagu nasyid khusus nya kepada budak-budak nasyid underground... Hah, korang ,mesti terkejutkan, nasyid pun ada gig underground, tapi bukan yang lompat-lompat tu, semua lagu-lagu diorang berkonsep kan puji-pujian dan universal.. Non muslim pun suka dan pergi ke nasyid underground nie... Aku tak penah gi lagi, tapi member senior aku, abang Q, cakap camtu.. Teringin gak nak gi, mungkin bukan sekarang, tapi di suatu hari insyallah... Moga Allh tunjuk jalan kepadaku,amin...

Jangan lupa melawat blog CN tadi di http://citranasheed.blogspot.com/.... Sekarang nie pelancaran blog nie baru 20% baru, sebab bahan-bahan tak dimasukkan lagi, tapi kalau nak ziarah gak, sila kan... Jangan lupa hantar komen tau, k.....

Rabu, 5 Ogos 2009

Influenza H1N1 Attacking Uniten Muadzam Shah...

Gempak kan tajuk dia, tapi memang benar.....

Aku dan ribuan mahasisiwa Uniten Muadzam Shah, terkejut pada 4/8/2009 yang lalu bile tetiba je ada khabar angin mengatakan Uniten dapat cuti sebab daripada 50 orang lebih yang dikuarantin kat Desa Harmoni, 5 telah positif H1N1. Sebelum tu, MRSM telah dikuarantin dan cuti sebab ada sorang pelajar tu positif..

Hari tu gak, Uniten kuar kan notis penutupan dan cuti sampai 11/8/2009 (bagi student foundation jer), tapi untuk student degree sampai 16/8/2009 (sambung cuti mid term).. Bagi aku, aku tak balik,(cian nye aku,waaaaaaa...) sebab kan kena handle Konsert Malam Amal tu, so kepada member2 crew, Ustaz dah sepakat ngan pihak urusan bahawasanya, Konsert kita akan ditunda ke 7/10/2009 atas sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Kalau tarikh tu tak dapat sambutan dari mahasiswa2 gak, aku tak tau lah.

Bahaya btul lah dugaan Allah kali nie, maybe ada hikmah, kan. Antara nya ialah:
  1. Dapat cuti lebih, ye tak. Seronok bebudak Uniten dapat cuti lebih, bukan selalu dapat cuti, tambah plak cuti mid term minggu, hah tambah lagi cuti... Masalah nye, aku lah tak seronok, tak dapat balik, sebab nak urus kan konsert besar nie...
  2. Maybe lagi satu, nak nak bagi Muadzam nie kurangkan dosa ckit kot,hahahahahah... Takde lah yang terbuat dosa nanti,kan.hahahahah...
  3. Lastly rasanya, nak mengajar kite tentang hygeniene (ilmu kebersihan), sebab kebersihan tu kan sebahagian daripada iman seorang muslim..Kalau tak, makan pun, basah kan tangan je,bukan basuh, ye tak..

Apa-apa hal pun, mulakan pencegahan nie, dari sekarang. Jangan dah kena baru nak menyesal,k. Nah langkah-langkah berjaga-jage yang sempat aku grab kat web tadi,k. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Selamat beramal, dan jage diri,k..

.