Selasa, 21 Julai 2009

Konsert Malam Amal Nur Cinta D'Hati 2009...

Alhamdulillah setelah sekian lama, Uniten sunyi dengan konsert yang mendidik jiwa nie. Maka berbesar hatilah aku, nak bagitau korang-korang kat budak-budak Uniten dan orang-orang luar sana, pakat ramai-ramai serbu Auditorium Utama, Uniten Muadzam Shah, Pahang. Dan konsert nie dapat kerjasama penuh oleh In-team record, wakil mereka abang Fairus yang budiman, dah jadi kawan Ustaz Wan dah. Apa lah sangat konsert nie, yang aku ria-ria nak bagitau korang nie..Aaaaa....Mestilah ada suprise ckit, konsert nie bertambah meletup bak bunga api di kala sambutan tahun baru, sebab artis jemputan semuanya best-best giler bangbang..hahahah..meh usya ckit poster bawah nie.
Peh, Ramli Sarip punya konsert nie. Tambahan pulak, artis jemputan yang lain-lain seperti In-team, UNIC dan pakar motivasi yang semakin naik namanya, Ustaz Zamri Mantop (Rancangan "Mari Mengaji" TV9).. Poster atas nie untuk budak-budak Uniten je tau, hanya RM 1o je... Hahahah, itulah keistimewaan khas yang pihak mengajur cuba ketengahkan. So,budak-budak Uniten, datang ler ramai-ramai. Tiket terhad tau, cepat-cepatlah dapatkan tiket,k..
Yang kat atas nie plak, poster untuk orang-orang luar Uniten. Up RM 5 je, so RM 15 untuk peminat-peminat Ramli Sarip. Kebetulan kawasan Uniten nie dekat-dekat je dengan kawasan felda-felda, memang orang-orang dengar je nama Ramli Sarip nie, terus tukar baju ketat diorang waktu muda-muda dulu. Siap tanya leh bergambar tak ngan Ramli Sarip. Ah, itu belum lagi tanya anak-anak felda. Aku dulu pun kecik-kecik (skarang pun kecik gak,hahahaha) aku suka dengar lagu-lagu Ranli sarip, tapi takde seobses orang-orang lain... Tapi naluri sekarang nie,minat nasyid jer beb. Tak tau lah kenapa suka sangat nasyid nie, cam ada aura yang tarik aku ke arah nasyid sehingga tercipta sebuah kumpulan nasyid uniten. Hahahahah. Bangga nye...

Datang lah ramai-ramai,k. Jangan lupa,k. Apa-apa hal, ada masalah dan persoalan di benak kepala korang, contact aku,k. No aku ada kat poster atas k. Chow...

.