Khamis, 28 Mei 2009

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."


Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Percutian yaNG TaK TErancANG

Salam ukhuwah kepada semua. Pada suatu hari, member sekolah menengah aku call aku, dia kata dia kerja kat kuantan. Aku time tu ada kat muadzam shah,maka senang lah nak berjumpa, untuk melepaskan keboringan dan bertanya khabar. Aku sekarang sedang menemani kawan aku tu, Redha ke Mersing, semalam.Nie buktinye,pantai mersing memang memukau. Tenang di hati dan damai di kalbu.Sambil menghayati pantai mersing nie, Redha nie tetiba je ambik gambar nie, konon nak wat candid lah,tapi tak jadi. Tapi bila ditengok balik,lawa plak gambar aku nie,sebab tu aku post,hahahaha..Insyallah aku akan menemani kawan aku nie,Redha ke Pasuh (Felda Pasuh) esok, untuk lawatan kerja nya..(aku penyibuk je,nak tambah pengalaman lah katakan).
Dan esok juga,aku akan ke kuantan bersama nye,untuk bersiap-siap dengan persiapan untuk pertunangan si Redha nie,ahad nie. Nie pantai yang sempat aku snap jap,memang nampak sampah kat pasir-pasir tu,tapi ianya hanya kayu-kayu yang telah dihanyutkan oleh laut nie sendiri.Memang tenang, aku syorkan,kalau korang nak ajak kawan-kawan korang lepak dan nak wat gathering nie, wat lah kat Tunjuk Laut Beach Resort, terletak di Mersing nie, kat Tanjung Leman, dekat ngan Felda Tengaroh kalau tak silap.Semalam cas nye cuma RM 130.00 je.Memang berbaloi.
Nie lah kawan aku si Redha nie,awas buat kaum hawa yang single,dia nie nak bertunang dah tau,insyallah nak bernikah bulan 9 nie,insyallah,(dia dah kena cop,aku blom lagi,hehehehe) mari lah sesama doakan dia,semoga cepat-cepat nikah, buat Redha aku ucapkan ko,"selamat majau jaya dan hati-hati ckit,ko tu darah manis,hahahaha.."

Selasa, 26 Mei 2009

Kasih Sayang Kepada Anak...










Tetapi lain plak manusia,hairan2??????

Isnin, 25 Mei 2009

Melawat Sekolah Lama...

Ini lah pintu gerbang sekolah menengah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau yang indah nan permai,cewah,hahahaha.puji sekolah sendiri plak.hehehehehhe.Gerbang sekolah nie telah dibina pada tahun 2000 kot,aku pun dah tak ingat. Waktu tu, pokok-pokok ru yang dibawah nye ada bangku-bangku kayu dan meja-meja tersusun, menjadi 'port' budak-budak aku bersama geng-geng abg senior mengorat awekz-awekz yang lalu lalang dari surau kitorang. Masa tu, nakal lagi,sekarang pun leh tahan gak,hahahahah...Tapi sayang, pokok-pokok itu telah ditebang, sekaligus menjadikan kawasan tersebut seolah-olah padang jarak, padang terkukur..Cian pokok-pokok tu...
Nie plak lagu sekolah kitorang.hahahahha,dulu tingkatan 1,cikgu-cikgu suruh hafal lagu nie. Yelah kena hafal,sebab perhimpunan tiap-tiap hari,kena nyanyi lagu alah nie.Mau sebulan kot nak ingat,hahahaha.Dulu kami nyanyi lagu sekolah nieh, takde lagu tau,kitorang pakai acapella je. Hah,jangan terkejut,hahahaha.Setiap kali nyanyi,mesti dapat pujian dari cikgu displin,hahahaha. "Nyanyi penuh semangat lah!!!!"....
Nie koridor sekolah, berhadapan dengan makmal sains kitorang plak. Tu nampak tak,orang angkat meja. Time nie,time peperiksaan pertengahan taun. Sebab tu nampak cm takde orang je,kan.Hmmm....
Nie plak,lambang sekolah kitorang.Siap ada tulisan jawi lagi tuh,peh.hahahahha.dapat baca tak,kalau tak dapat baca,ada tulisan rumi diatasnya tuh. APA?? Tak dapat baca gak ke,kalau tak dapat baca gak,aku rasa biar korang masuk sekolah nie,hahahahha,promosi lah plak..
Nie gambar last tau,nie gambar port kedua kami.dekat padang. Sebab apa best kat cini,sebab kalau duduk cini,macam-macam ilham leh dapat.Plus,leh melancong, makan angin. sebab angin kat port nie,sepoi-sepoi 'language',best sangat.ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi ini je yang lawa-lawa. Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang ambik gambar nie. Bebila plak kita tangkap gambar dengan cikgu-cikgu plak k.

Bagaimana Cara Makan, Begitulah Cintanya...

Makan dengan "controL"
Cewah! Skiema habis giler nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!
Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek! Hehehehe!!
Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!
Makan sambil kerap tengok jam
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata.

Juz 4 fun only,ok!!!

Hati Seorang Wanita...

1. Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, mengingin LELAKI mengikut dan mendengar kata-katanya sekali sekala.

3. Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas
Keikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam-diam.
7. Manja
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya, sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja kerna dekat dihati supaya dapat menayangi dan , bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA sebaik-baiknya."

Jumaat, 22 Mei 2009

Kisah Kasih Sayang,Kekayaan dan Kejayaan..

Pada suatu hari, seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama, " mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.

Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.

Kedua-dua lelaki yang lain,Kejayaan dan Kekayaan juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"


Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Kejayaan dan Kekayaan boleh di cari dan dikecapi, tetapi Kasih Sayang sukar dicari dan dikecapi kerana ianya hanya boleh diluahkan.

Kisah 4 Orang Isteri...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa susah.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Sama-sama kita renungkan...

Kids in Bangladesh...cian...







Khamis, 21 Mei 2009

Rahsia Air Liur



Para peneliti Belanda telah mengidentifikasi satu zat di dalam air ludah manusia yang mempercepat penyembuhan luka, demikian laporan mereka yang disiarkan Rabu di The Journal of Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB).

Team peneliti tersebut mendapati bahwa "histatin", protein kecil di dalam air ludah yang sebelumnya hanya dipercayai membunuh bakteria bertanggungjawab atas penyembuhan luka.

Penelitian itu mungkin menawarkan harapan kepada orang yang menderita luka kronis yang berhubung dengan diabetes dan gangguan lain, serta luka traumatis dan luka bakar. Selain itu, kerana zat tersebut dapat diproduksi secara massal, zat tersebut memiliki potensi untuk menjadi sama umumnya dengan krim antibiotik dan alkohol gosok.

"Kami berharap penemuan kami pada akhirnya bermanfaat buat orang yang menderita luka yang tak sembuh-sembuh, seperti borok di kaki dan luka akibat diabetes, serta bagi perawatan luka mengakibatkan trauma seperti luka bakar," kata Menno Oudhoff, penulis pertama laporan tersebut, seperti dukutip Xinhua.


"Studi ini bukan hanya menjawab pertanyaan biologi mengenai mengapa haiwan menjilati luka mereka," kata Gerald Weissmann, Pemimpin Redaksi FASEB Journal.

"Itu juga menjelaskan mengapa luka di mulut, seperti luka setelah pencabutan gigi, sembuh jauh lebih cepat dibandingkan dengan luka pada kulit dan tulang. Itu juga mengarahkan kita untuk mulai memandang air ludah sebagai satu sumber bagi ubat baru."

Petua Imam Syafie...


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. Kerap mandi

4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)

2. Selalu cemas

3. Banyak minum air ketika makan

4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara Menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat

Empat perkara Menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Dayus!!!...


Jika seorang bapa mengetahui perkara 'ringan-ringan' anaknya dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah melakukan perkara 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa bertaubat segera dengan sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula. Masyallah..

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Nauzubillah!!! Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata begini,

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.hehehe..

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟

فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. "

( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Semudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid"

( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

TIP EKSTRA: Ketika Membuat Laporan Polis

Ini adalah tips-tip tambahan ketika membuat laporan polis selepas terlibat di dalam kemalangan.

Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.

  1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, elakkan mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya.
  2. Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
  3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
  4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
  5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah! :)

Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak

  1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai “yang dilanggar” dan kenderaan di belakang sebagai “yang melanggar”, kecuali dibuktikan sebaliknya
  2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana “bersalah” melanggar kenderaan hadapan.
  3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang “bersalah” adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
  4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati “bersalah”, kecuali dibuktikan sebaliknya.
  5. Maka, “pihak yang bersalah” akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
  6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!

Kisah Benar 1:
Ibu saya mengalami kemalangan, dan membuat laporan polis. Ketika laporan polis dibuat ibu saya mengatakan bahawa ia berpunca daripada mengantuk. Namun pegawai yang menerima laporan tersebut mengesyorkan agar tidak dinyatakan perihal mengantuk. Maka dengan bantuan polis yang baik hati tersebut, maka laporan polis tersebut tertulislah kemalangan kerana “kambing melintas jalan”. Maka terselamatlah ibu saya daripada disaman.

(Nota; Tuntutan insurans tidak boleh dibuat ke atas kambing ataupun pemilik kambing)

Kisah Benar 2:
Seorang pemilik kenderaan mengalama kemalangan. Kemudian apabila dilaporka kepada polis lalu mengatakan bahawa dia mengantuk ketika memandu. Lantas, tanpa banyak soal polis tersebut mengeluarkan saman maksimum. Disebabkan perkara tersebut, dia tidak layak membuat tuntutan daripada pihak insurans.
Nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kemalangan, kemudian disaman pula. Selepas ditimpa tangga, terkena pula tahi ayam. Selepas dikenakan saman, dia tidak layak pula membuat tuntutan insurans dan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kenderaan yang kemalangan.

(Nota; Sebarang pengakuan kesilapan diri sendiri atas sesuatu kemalangan, akan membawa implikasi saman)

Kisah Benar 3
Seorang pelanggan saya mengalami kemalangan. Di membawa kereta dan terlanggar sebuah motosikal atas kecuaian penuggang motosikal membuat pusingan U-Turn. Kedua-duannya membuat laporan polis, dan penuggang motosikal mengaku bersalah. Maka, polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motorsikal.

(Nota; Sebenarnya dalam situasi di atas, sekiranya pemilik motosikal tidak mengaku bersalah, maka pemilik kereta mesti membuktikannya. Tapi selalunya amat sukar untuk membuktikan keadaan itu)

Kisah Benar 4
Seorang peguam mengalami kemalangan jalan raya tetapi di tidak mengaku bersalah. Polis mengeluarkan saman, dan dia enggan menerimanya atas alasan dia tidak bersalah. Beberapa bulan selepas itu, apabila dia memperbaharuinya cukai kenderaannya dengan saya, didapati namanya disenaraihitamkan oleh polis. Rupa-rupanya dia dikenakan saman sebanyak RM 600 atas dua saman. Saman pertama kerana menjadi punca kemalangan. Saman kedua kerana tidak mahu menerima saman pertama.

(Nota; Ini kira tak makan saman la…)

baca sambungan di : www.afyan.com

Seeloknya, ia dibaca bersama 3 tulisan sebelum ini yang bertajuk:

Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans:
1. Bahagian 1: http://afyan. com/ver1/ ?p=858
2. Bahagian 2: http://afyan. com/ver1/ ?p=869
3. Bahagian 3: http://afyan. com/ver1/ ?p=890

Sumber dari Afyan :)
Blog: http://www.afyan. com

.