Sabtu, 31 Januari 2009

Awas Saudara ku....








Jika anda melihat buku nie,buang dan bakar lah. Salah satu cubaan dari Kristian untuk menjatuhkan aQidah Kita...

Khamis, 29 Januari 2009

Warkah Dari Ummu Taqi Di Gaza

Written by Muslimah
Friday, 23 January 2009 13:56
Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza. Dengarkanlah bagaimana keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali mahupun tidak.
Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang seluruh umat Islam. Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini. Mereka inginkan Al Aqsa kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.

Namun, mereka tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.

Keadaan kami pada saat ini amat dahsyat dan mengerikan, tetapi keimanan kami tetap utuh. Alhamdulillah, walaupun kami tiada bekalan air dan sekiranya ada pun setitis air, ia adalah tercemar dan membawa seribu satu wabak penyakit. Kami tiada wang untuk membeli air mineral dan seandainya kami menjumpai wang pun, mereka yang menjualnya mengatakan kepada kami, bekalan tiada dan amatlah merbahaya untuk mereka keluar mendapatkan bekalan baru. Kami juga tiada bahan api(gas) semenjak empat bulan lalu. Kami memasak sedikit makanan yang kami ada dengan api sebenar yang kami pelajari bagaimana untuk menyalakannya.

Kerabat lelaki kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka. Pada masa ini,mereka hanya menghabiskan masa di rumah. .Suamiku menghabiskan masa seharian hanya untuk merayau-rayau dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari keperluan asas seperti seteguk air. Kebiasaannya beliau akan pulang dengan tangan kosong. Tiada sebarang sekolah mahupun bank-bank yang dapat kami keluarkan wang simpanan kami. Hanya terdapat beberapa hospital yang masih dibuka untuk merawat mereka yang tercedera.

Kami sedar bahawa kami sentiasa mempertaruhkan nyawa apabila kami keluar atau berada di luar rumah. Rejim Zionis mengenakan perintah berkurung dari jam 1pm hingga 4pm. Mereka mengatakan adalah selamat untuk kami keluar mendapatkan bekalan asas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua itu adalah satu pembohongan. . Bahkan mereka telah sering menggunakan peluang yang ada itu untuk menambah senarai Syuhada’ didalam koleksi mereka.

Kami memakan nasi dan roti secara berselang hari. Daging dan susu adalah satu kemewahan buat kami. Rejim Israel menggunakan kaedah perang kimia di kawasan sempadan. Mereka membunuh kami menggunakan peluru-peluru dan kereta perisai dan pesawat B52, tidak cukup dengan itu,bahkan mereka juga membunuh kami secara perlahan-lahan dengan membiarkan anak-anak kami mati kelaparan, mengakibatkan penyakit-penyakit yang tidak dapat diceritakan dengan menggunakan perang kimia mereka. Mereka bahkan hanya ketawa di saat melihat kami berterusan menderita dan tidak mampu menahan penyeksaan ini lagi.

Pada ketika semua ini dilakukan, kami diberitahu bahawa semua orang di seluruh dunia melakukan demonstrasi. MasyaAllah, mengenangkan anda semua pergi ke kedutaan-kedutaan dengan meninggalkan kediaman anda memberikan kami satu perasaan bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.

Akan tetapi, anda akan pulang semula ke rumah dan mengunci pintu pada waktu malam. Kami tidak mampu melakukan itu. Aku sendiri terpaksa meninggalkan rumahku yang berada di tingkat dua pada setiap malam untuk menumpang di rumah adikku di tingkat bawah. Seandainya kami diserang, adalah lebih mudah untuk kami lari menyelamatkan diri

Namun Umat bertanyakan dimanakah bala tentera kaum Muslim? Dimanakah Kemenangan? Dan dimanakah pemimpin sebenar kami yang akan menyelamatkan kami dari kematian ini? Dimanakah bala tentera Salahuddin Al Ayubbi? Usahlah berharap dan merayu kepada PBB, mereka memperkenalkan Israel pada tahun1949 sebagai sebuah Negara dan menjamin nasib kami seperti hari ini. Janganlah berpaling kepada Amerika atau British, apakah mereka tidak mencerobohi umat Islam di Iraq dan Afghanistan.

Serulah pasukan tentera di Mesir, Syria, Turkey dan Libya. Dimanakah mereka? Adakah mereka tegar melihat wanita-wanita meraung dan merintih meminta ikhsan pertolongan pada saat mereka mengebumikan anak-anak kecil mereka? Adakah jeritan dan tangisan adik-adik,kakak- kakak dan abang-abang kamu didengari oleh telinga-telinga yang pekak? Kami juga mempunyai hak untuk makan dan minum dalam suasana yang selamat dan sejahtera. Kami juga mempunyai hak untuk bergembira, ketawa dan hidup dengan dipenuhi impian seperti anda semua. Ataukah kami tidak berhak???

Ya, memang benar kami sudah keletihan. Apabila aku mendengar bunyi roket-roket dan bom serta melihat pesawat-pesawat yang berterbangan amat rapat mendekati rumahku, aku menjerit-jerit bersama anak lelaki kecilku dan di saat itu, suamiku hanya mampu terduduk kaku dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.

Saudara-saudaraku, tentunya kamu mengetahui bagaimana perasaannya apabila kamu tidak berdaya untuk mempertahankan maruah dan kehidupan keluarga kamu. Ia membunuh sesuatu dari dalam hati suami ku. Kami sering tertanya-tanya, bilakah mereka(para pemimpin umat) akan menjual tanah kami ini dengan harga yang murah. Adakah dengan seribu atau dua ribu kematian. Kami sedang menunggu untuk melihatnya. Inilah yang telah terjadi pada kami.

Dengan semua ini, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami melainkan hanya Allah Subhanahu wa Taala. Janganlah kamu sekalian melupakan kami di sini kerana hanya kamu lah yang kami ada sekarang ini. Sumbangan dan sedekah kamu tidak sampai ke tangan kami dan apabila mereka membuka sempadan itu, hanya segelintir yang mendapatnya. Mereka yang mendapatnya( sumbangan) itu juga tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana kami terpaksa mempertaruhkan nyawa hanya untuk pergi membeli makanan.

Mereka(Israel) akan membunuh sesiapa sahaja walaupun seorang anak kecil berumur lima tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Kami ingin hidup dengan usaha dan peluh saudara-saudara Islam kami, bukannya orang lain kerana kami semakin menghampiri kematian.

Teruskan lah usaha di jalan Allah ini dan berdoa serta bekerjalah untuk kemenangan yang semakin menghampiri dan seterusnya bakal menyelamatkan umat di segenap pelusuk, InsyaAllah.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengukuhkan kita di atas DeenNya pada masa sukar dan senang. Ya Allah, kurniakanlah kami kemenangan dengan segera dan kembalikan lah Islam di bawah satu kekuasaan yang mana kami hidup di dalamnya. Ya Allah, kirimkanlah kami anak-anak Salahuddin, tentera Islam untuk menyelamatkan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dari kekejaman yang kami sedang bergelumang hidup di dalamnya. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskan lah zionis dari tanah kami. Ya Allah, saksikanlah pada hari ini, kami mengadukan tentang pengkhianatan pemimpin kami kepadaMu, dan kami berdoa agar Engkau Ya Allah, mengembalikan segera pemimpin sebenar kami, iaitu Khalifah. Amin.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudarimu Ummu Taqi

Rabu, 21 Januari 2009

Muka Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad

Khamis, 15 Januari 2009

Hasil dari Memboikot

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Rupanya,terhasil juga keringat yang diperah selama ini,ayuh!!Boikot lagi produk Israil lagi.

Isnin, 12 Januari 2009

Antara Agama dan Tugas..

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina.

Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga
barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang
sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung
lambang agama Islam.

Pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.
Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, shirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam. Ada kemungkinan,sebab diorang memang hasad dengki dengan kita,lama sangat.Nak jatuh kan kita, tapi yang kelakar nye plak, bukan diorang yang pakat nak jatuhkan kita, antara kita pun ada nak jatuhkan kawan sendiri,bangsa sendiri dan seagama sendiri.

Itu lumrah orang Melayu,senjata orang melayu yang agung HASAD.Tengok Cina ngan India, apa-apa masalah memang diorang back-up sesama diorang,tak macam orang Melayu. Aku ada dengar ceramah dari member aku kat kuantan, dia pun dapat tau benda nie dari ceramah agama yang khusus membincangkan tentang orang Melayu nie.Sebenarnya Melayu nie bukan satu bangsa yang wujud asli sebagai bangsa melayu.Ini gelaran dari syeikh arab yang datang berhijrah membawa perdagangan, sekaligus menyebarkan agama Islam yang mulia nie. Masa tu, Sultan tak suka orang arab nie,dah lah tak pandai cakap melayu, siap ada pakatan plak.Bila Sultan tak puas hati,dipanggil nye orang arab tu kat Istana(aku xingat negeri mana).Di tanya pelbagai soalan yang mencabar, sehingga Sultan tersebut kagum ngan jawapan orang arab dan memeluk islam.Bila Sultan masuk Islam,rakyat jelata masa tu bercampur bangsa,ada bugis nye,siam nye,kemboja nye,macam2 ada lah.So syeikh nie menggelarkan Malay(bahasa melayu) sebab melihat keramahan,baik hati,jujur dan ikhlas ada di dalam masyarakat tersebut.Sampai melekat melayu tu sampai sekarang.Nak caya atau tidak,aku pun dengar dari orang. Daif atau tidak, wallahualam. Allah je yang tahu.

So,natijah nye,molek lah kite jangan biarkan orang lain memijak kepala orang Islam,bukan melayu.Saya ulang semula,orang islam,kite kena sedar sekarang supaya kita hancur macam sesetengah negara Islam,dewasa nie.ok.Fisabillah,cita tertingi kami..

Jumaat, 9 Januari 2009

Let Jihad Fisabilillah,Even U can Throw stone..

December 30, 2008

PNN -Israeli forces killed two girls in an air attack on Beit Hanoun in the northern Gaza Strip early Tuesday. Local sources report that a missile destroyed a house belonging to Talal Hamdan in Beit Hanoun today, killing his two daughters of 12 and 4 years old. A son is reported seriously injured. Yesterday Israeli forces killed four sisters and a four year old boy. Over 40 children have been killed since Saturday.



The bodies of two girls, aged four and 11, who were killed in an Israeli air strike in Beit Hanun in the northern Gaza Strip Strip December 30, 2008.



Palestinians carry the body of 4-year-old Lama Hamdan during her funeral in the town of Beit Hanoun in the northern Gaza Strip December 30, 2008.



Palestinians bury the body of 4-year-old Lama Hamdan at Beit Hanoun cemetery in the northern Gaza Strip December 30, 2008.



Palestinians mourn beside the bodies of three children in Rafah in the southern Gaza Strip December 29, 2008.




Three Palestinian children from the Balosha family, of five who were all killed in the same Israeli missile strike, are seen in the morgue before their burial at Kamal Edwan hopsital in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008




Palestinian children from the Balosha family, who were all killed in the same Israeli missile strike, are seen in the morgue before their burial at Kamal Edwan hopsital in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.




Palestinian women mourn over the bodies of three Palestinian children from the Balosha family, of five who were all killed in the same Israeli missile strike, in the morgue before their burial at Kamal Edwan hopsital in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.




A Palestinian man buries the body of 4-year-old Dena Balosha at Beit Lahiya cemetery in the northern Gaza Strip December 29, 2008.




A Palestinian man carries the body of his 4-year-old daughter Dena Balosha during the funeral for her and her four sisters in Jabalya refugee camp in the northern Gaza Strip December 29, 2008.




A Palestinian mourner shouts as he lifts the body of a child from the Balosha family, of which three children and two teenagers, were killed in an Israeli missile strike,durng their funeral in the Jebaliya refugee camp, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.




A Palestinian man buries the body of 5-year-old Sodqi al-Absi in Rafah cemetery in the southern Gaza Strip December 29, 2008.




A Palestinian mourner carries the body of 4-year-old Dena Balosha, foreground, one of five members of the same family including three children and two teenagers who were killed in an Israeli missile strike, during their funeral in the Jebaliya refugee camp, in the northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008




The father of Palestinian Dena Balosha, 4, left, one of five members of the same family including three children and two teenagers who were killed in an Israeli missile strike, carries her body during their funeral in the Jebaliya refugee camp, in the northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.




bedroom of 5 killed girls



Samera Baalusha (34) carries her surving child Mohamad (15 months) while she waits to see the body of her daughter Jawaher Baalusha (aged 4) during the funeral held for her and four of her sisters who were killed in an Israeli missile strike, on December 29, 2008 in the Jebaliya refugee camp, in the northern Gaza Strip

Palestinian mourners bury 8 children killed in Israeli air strikes



Dec 29 - Palestinian mourners on Monday (December 29) buried 8 children who were killed in Israeli air strikes on Gaza Strip.

In the northern Gaza town of Jabalya, hundreds took to the streets to attend a funeral procession for five girls of the same family who were killed in one Israeli strike.
In this image taken from APTN video, Palestinian men carry two injured children into hospital after Israeli aircraft struck Hamas security compounds across Gaza in Gaza City on Saturday Dec. 27, 2008.





A wounded Palestinian boy is carried by his father following an Israel air strike in Gaza December 28, 2008.




A Palestinian boy is carried to al-Shifa hospital following an Israel air strike in Gaza December 28, 2008



A Palestinian security force officer carries a wounded girl into the emergency room at Shifa hospital in Gaza City, Saturday, Dec. 27, 2008.



A Palestinian girl wounded in an Israeli missile strike is carried into the emergency area at Shifa hospital in Gaza City, Saturday, Dec. 27, 2008.



A Palestinian man carries his wounded child to the treatment room of Kamal Edwan hospital following an Israeli missile strike in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.

Jihad Untuk Palestin


Pernahkah kita trfikir kenapa kita mudah kalah pada dakyah2 dan permainan org2 kafir ini? Apakah punca pertolongan Allah itu tidak datang tatkala kita memerlukannya sedangkan dlm Al-Quran telah
dijanjikan kemenangan kepada orang2 yang berjuang di jalan Allah?? Mengapa Allah tidak memberi kemenangan pada org2 Palestin di sana sebagaimana Allah membantu jihad Rasulullah S.A.W dan para Sahabat? Fikirlah....

Pada pendapat saya ia adalah kerana iman dan amalan kita... Allah telah berjanji untuk memberi kemenangan kepada sesiapa saja yg bermujahadah di jalan Allah...namun apakah yg dikatakan bermujahadah di jalan Allah itu? Untuk bermujahadah di jalan Allah memerlukan niat... "Innamaawall ulbinniat" smuanya bergantung pada niat..adakah kita pasti sekiranya niat kita berjihad, berperang dgn org2 kafir ini kerana Allah?? Sedangkan untuk makan pun kita patut makan kerana Allah tapi realiti nya bagaimana? Pernahkah kita makan kerana Allah? Betulkah niat kita itu makan kerana Allah? Bukan kerana lapar? Bagaimana pulak minum, pakai baju, belajar dan sbg nya? Adakah benar semua tu kerana Allah? Untuk berjihad kerana Allah pula bagaimana? Fikirkanlah. ...

Orang2 Palestin yg ditindas, dibunuh dgn kejam...ya,mereka juga berjihad...tetapi adakah betul mereka berjihad kerana Allah? Dalam situasi mereka diusir dari tanah mereka, rumah mereka di hancurkan, harta mereka di rampas...apakah betul mereka melawan kerana Allah?
Bukan kerana marah? Apakah disebabkan niat mereka maka pertolongan Allah itu tidak sampai? Wallahualam. ..

Pernah saya terdengar kisah seorang para sahabat iaitu Umar Al-Khattab R.A, waktu itu beliau sedang berada di dlm peperangan.Beliau begitu gagah dan berani melawan org2 musyrik dgn pedangnya sampailah beliau berjumpa seorang yahudi yg turut sama dlm peperangan itu sbg musuh islam. baru sahaja Umar R.A hendak mengangkat pedang dan memenggalnya,
yahudi itu pun meludahnya di muka. Dgan semerta Umar R.A pun terkehut lalu melepaskan yahudi itu,dgan penuh kehairanan yahudi itu bertanya "Mengapa kamu melepaskan aku ya Umar?" Lalu Umar R.A pun menjawab "Sesungguhnya tadi aku ingin membunuhmu kerana kamu adalah musuh Allah akan tetapi selepas kamu meludahiku niat ku berubah untuk membunuhmu kerana marah..jadi lebih baik aku lepaskan kamu kerana niatku membunuh
adalah kerana jihad, kerana Allah"

Saudara2ku.. .lihatlah bagimana hebatnya iman para sahabat ini, lihatlah betapa hebatnya ketetapan hati2 mereka tatkala berjihad...dan kerana itu datanglah pertolongan dari Allah S.W.T...fikirkanlah bagaimana meraka berjaya menyebarkan syiar Islam sehingga ke Nusantara
ini...tatkala manusia masih ada yang tidak bertamadun dan ganas seperti binatang??..semuanya kerana niat dan keimanan mereka yg hebat....

Saudara2ku.. .ingatlah bahawa janji Allah itu benar..dan Allah tidak pernah mungkir janji.. soalnya semuanya adalah kerana kita...bagaimana kemenangan nak datang pada kita jika keimanan dan niat kita itu tidak betul? Sudahkah kita merasai kebenaran hakikat apa saja kita lakukan kerana Allah? Adakah pernah kita iktikad setiap apa yang kita lakukan adalah kerana Allah? Peranahkah kita rasa kehebatan atau hikmah iktikad kita itu? Fikirkanlah. ..

Sesungguhnya janji Allah itu benar..jika kita berjihad dgn semangat dan iktikad para sahabat sudah pasti isu Palestin ini sudah lama selesai...sudah lama Islam menang dan berkuasa.. semuanya asbab...semuanya asbab....

Jadi sebelum berfikir untuk berjihad...fikirkan lah.....

"Yg baik dari Allah dan yg buruk dri saya sndiri..."

Mari Berjuang Bersama

Anda sudah bersedia untuk BOIKOT? JOM boikot!

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea,
Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth,
Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney,
Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

*ni yG SADEY...sok surf cartoon Little Einstein kt Playhouse Disney tu..bila scroll kt bawah skali...dia tulis:

© The Baby Einstein Company, LLC. All Rights Reserved. Baby Einstein, Einstein Pals and Little Einsteins are trademarks of The Baby Einstein Company, LLC. EINSTEIN is a trademark of The Hebrew University of Jerusalem.

sah...sah... ISrael!!! !

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan
telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang
Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Estel Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX
products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (www.ljn.co. uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England . Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel. Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen. Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat
perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar. Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England. Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di internet dengan
menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olay, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, PaicHaagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz.

Mari selamatkan saudara kita di Palestin,yang menderita setiap saat dan ketika,untuk meneruskan secebis kehidupan yang tinggal.Wajib lah antara kita peduli apa yg saudara kita terhina,tersiksa,tertindas dan terbunuh.Selawat salam di atas junjungan mulia,Nabi Muhammad s.a.w.,kekasih Allah.Selamatkan saudara kami di Palestin.Ayuh Berjuang Bersama!!!!

Selasa, 6 Januari 2009

Bacaan Amalan..Surah Al-Kautsar

Surah Al-Kautsar

Bismillah... .......
"Innaa'kthoina' (panjang sikit bunyi) kalkautsar,
fashallilirabbikawa nhar, innashania'ka huwal abtar".

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan
indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda
bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya
Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan
boleh
kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini
dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,
bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah
ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini
10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita
dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi
lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Amal kan bersama..Insyallah,kita akan mendapat rahmat nya.
Jika anda mahu pahala anda di top up kan,sebarkan....

Jumaat, 2 Januari 2009




Wudhuk zahir dan batin

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk

solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?" Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.">
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim
berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Bagaimana dengan solat kita..Renung-renungkan bersama....

Palestin...Apa Yang Dapat Kami Bantu..

BLOGGER_PHOTO_ID_5285965326918726690
Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :


"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian" (Surah al Maidah : Ayat 21)


Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :

"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. " (Surah al Isra' : Ayat 1)


Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al Anbia' : Ayat 80)


Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :
"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.

ALlahu..ALlah. ..

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya. . Insya ALlah.

Sumber Rujukan :

1. Prof Madya Dr Mohsen M. Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur

2. AbduLlah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin Al Ayyubi, Cet Pertama 1999, Darul Nu'man, Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin, Cet Pertama 2003, al Qassam Library, Pahang

.