Jumaat, 12 Jun 2009

Kenangan Terindah...

Assalamualaikum....hari nie aku terbangun dari tido yang lena, sebab dibuai mimpi indah... Aku termimpikan kenangan aku dulu kat sekolah.. Aku mimpi aku pakai baju sekolah dan duduk kat seat aku dulu..Betul lah cakap Cikgu Fod-zy, kenangan yang paling kita akan ingat sampai bebila time sekolah menengah dan kat Universiti.. Tapi sekolah menengah nie lebih membuatkan aku rkasih dan rindu sebab banyak benda aku belajar kat sana dulu..termasuk lah pandangan cinta pertama..hahahaah,kantoi plak...Nie gambar-gambar yang aku sempat sedut dan nak pamerkan kat korang, yang special buat kawan2 kat sekolah menengah aku dulu..Nie gambar terakhir kami kat kelas terakhir..Meja-meja tue berselerak sebab nak buat jamuaan akhir tahun...
Hah, nie gambar kami dengan cikgu kelas kami, Cikgu Norizan..Yang tengah khusyuk dengan makanan dia tue, namanye Cikgu Azad...Tengok tu, kalau makan memang tak tengok arang langsung,kan???
Nie plak gambar orang-orang yang suka sendiri (SS) ngan orang pantang tengok camera (PTC),hahahahah. Mana je camera pergi, ada je gambar diorang..hehehehe.Yang tengah duduk tu lah Cikgu Fod-zy...Nak cakap dengan dia, kena susun ayat dulu, nanti dia pusing ayat korang balik,alih-alih korang yang pening,hahahaah..
Ada pun gambar aku,ingatkan takde.Honestly nak bagitau korang,kitorang nie dah macam adek beradik dah pun, gi mana pun bersama, tapi malu-malu lah time tu, biasa ler, muda-muda lagi... Semua nampak ceria kan...Ah, ceria tu ada makna tu, hahahaaha...
Nie geng-geng muslimat kat kelas kami,bergambar dengan orang kuat sekolah nie, pengetua, Hajah Noriah, dia dah bersara. Mari kita panjatkan doakan kepada beliau, moga-moga dipanjangkan umur dan sihat sejahtera, insyallah..Aminnn..
Nie lah calon-calon model femes yang nak kuar kat TV,cuma xkuar lagi je lagi, sebab kena gam ngan pihak media seluruh dunia. Sebab tu korang tak penah nampak diorang kat TV,hahahahaha..
Nie gambar rakan-rakan muslimat dari kelas lain,ceria-ceria, childish-childish ckit dan always enjoy in whatever their do..Nie gambar yang bermakna bagi aku sebab, rakan yang sedang duduk, disebelah kiri itu lah terlebih dahulu menghadap Ilahi pada umur 18 tahun...Ini lah satu-satu nye gambar yang aku boleh tengok gambar dia, nama nye Siela..Ya Allah, Engkau cucuri rohnya dengan keberkatan dan rahmat kasih sayangMu, dan tempatkan lah bersama golongan-golongan yang Engkau redhai ...Aminnn...Aku tak nak cerita panjang-panjang psal dia, nanti tak psal-psal aku nangis plak..She was our best friend.....hmmm...
Nie plak satu-satu nye gambar yang aku ada time kitorang study sesama. Kalau tak silap nie time, kelas tambahan.. Arahan dari Cikgu Shohor, merangkap cikgu kami yang happening, dan ayah kepada kawanku,Redha yang bertunang tempoh ari..Pada yang tak baca lagi,baca k.
Majlis penyampaian anugerah, Persatuan Bahasa Melayu, nie gambar terakhir aku ngan ahli-ahli persatuan nie, junior-junior pun ada gak time nie. Bersama Pn.Hasni, merangkap cikgu sempoi, (yang pakai baju kuning,ditengah2 tu) yang telah banyak memberi kami bimbingan dan tujuk ajar dengan baik dan mesra alam, kami ucapkan TRIMASIH..heheeheh...


Yang tadi tu gambar lama-lama, nie gambar terbaru, reunion tahun lepas, kami wat kat Bam Pecah, Tanjung Piandang. Acara utama,BBQ!!!Yeah yaeh!!!Ahahaahaha. Nie yang aku suka nie. Bukan semua yang dapat hadir, atas sebab kerja dan sebagainye. Boleh lah tengok-tengok,k. Kalau berkenan, bagitau tau, mana tau, leh rekemen.. Tak salah nye membantu untuk 'membina masjid" ye tak...hahahahaha..

Semoga ukhuwah kita senantisa berkekelan sampai dihujung dunia,k.
AKU RINDU PADA KALIAN SEMUA!!!!!!!!

Khamis, 4 Jun 2009

Adakah Anda STRESS????

Apakah Tanda-Tandanya..?

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur..
"Huuaaargh..! (Astaghfirullah..) Malehnyo nak poie kojo..!"

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala..
Akukah yang penin.. Atau kamu yang penin.. Atau peninkah kamu kerana kepeninan ku..?

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..
Tak konang budi punya syampoo.. Den dah boli ekau, ekau conteng arang yo..!

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan..
Mak aaaiihh.. Power bangak ike pating masok gulai ase poyok.. Slurp..

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.. Senamrobiklah ckit..
Hadoi lah..!! Salesman tu kata.. makan ubat slim tu konfem bergetah..
Ni bukan bergetah..!
Ini 'bergedel' a.k.a 'bergedik' a.k.a 'bergedempol'..!!
Kalo salesman tu datang.. Aku terkam atas dia sampai pensan..!! Hish..!!

Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat..
"Yaaarkh..! Bahawasanya..
"Saya berjanji..
akan terus cemerlang..
gemilang..
dan ter.. ter.. ter..
ZzZzZz qroooh..!"

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit..
Gua akan telus bedili di sini..
Sehingga ada wolan latang bagi gua makan kuweh putu mayam..!!
Gua akan telus besaba.. Saba .. Dan saba..
Gua pasti bejaya..!! Huh.!

Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan..
( You becareful haa..I know la who are you..! How dare you..!!
How dare you jump on my head.. I know who you are..!
You Smelly Siput..!! )

Kesembilan: Boss sentiasa membuli dan memarahi anda..
Cis..!!! Najis sungguh lah dia ni.. Mentang-mentang nama dia boss..

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..
Hampeh punya payung.. Rege je RM25..
Tapi low class..!!

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat..
Tongkat Ali tak jalan..
Kacip Fatimah pun tak jalan.. Apa nama daun herba satu lagi yea..
Mas.. Co. .
Mas.. Ca..
Mas.. Ci..
Apa la nama daun tu yerk..

Haa.. Mas Idayu..

Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..
Saya sebenarnya adalah seekor ayam..
Tak percaya..
Tanya anak-anak ayam saya nih..!


Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas.....
Uwekk..!!
Hai..Teruk betullah bini aku mengidam kali nih..
Aku pulak yang teruk muntah-muntah.. Huwek..!

Keempatbelas dan akhir:
ANDA SENTIASA MERASA..
KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT..
SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..
Kali ni..
Konfem takde orang boleh nampakk..
Diam-diam tau..
Syshh..!

Rabu, 3 Jun 2009

Larangan Rasulullah....

Dari Jabir r.a, dia berkata,
“Rasulullah s.a.w. telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah s.a.w, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.
Ali bin Abi Talib r.a berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Isnin, 1 Jun 2009

Kasih Yang Terikat....


Tepat pada pukul 2.30 petang, bertarikh 31 Mei 2009, aku telah dijemput menghadiri majlis pertunangan kawan karibku, Redha di Kuantan, Pahang. Gambar yang di atas nie,gambar rombongan pihak lelaki tau. Ramai nie,kalau tak silap 8 ke 9 bijik kereta rombongan pihak lelaki nie,ramai tuh. Siap pegang hantaran tuh, para muslimat telah bertungkus-lumus menyiapkan hantaran yang serba indah nie, malam sebelumnya. Berkat kerjasama dan keihklasan makcik-makcik dan pakcik-pakcik nie,membuatkan aku terasa cam family sendiri plak. Cikgu Shohor (ayah Redha) pula,telah menyampaikan amanat-amanat kepada anaknya supaya boleh dijadikan bekalan hari esok (aku pun tumpang sekaki dengar).hehehehhehe..
Nie plak side dalam rumah bakal tunang si Redha nie,yang baju hijau tu wakil dari pihak lelaki, Pak Uda si Redha.Nampak hantaran-hantaran tu,banyak tu,siap salin sekali tu.So,kisah dalam rumah nie cam biasa lah berbincang dan terus merasmikan majlis pertunangan nie.
Nie mak Redha,sedang menyarung cincin pertunangan pada tunang si Redha nie, Sheil nama panggilan nye.Berdebar-debar tau,menyaksikan babak nie,tapi alhamdulillah lah,semua berjalan lancar. Ramai tau orang kat dalam rumah nie, kebanyakan para muslimat, aku nie pemalu,so kami telah upah pakar profesional ambik gambar nie,ain namanye,adik si Redha,hehehehe.So,kalau kite dapat lihatkan,ramai kawan-kawan Sheil dibelakang sana,maybe pemalu cam aku gak kot..hehehehe..
Nie lah Redha ngan Sheila,yang pelik nye tadi si Redha nie takde,camner plak leh ada tetiba nie. Itulah kuasa darah manis nye,bab-bab bergambar nie jangan lah panggil dia,memang dia pandai datang sendiri,hahahahah.sowey Redha..Diorang tengah memegang bekas hantaran cincin pertunangan diorang. Lebor nye Redha senyum,yelah hari bersejarahlah katakan,hehehehe.
Nie parent si Sheil, merangkap bakal mertua lah,kan.Ayah Sheil nie niaga sendiri dan alhamdulillah perniagaannya semakin berkembang dan juga merangkap boss kepada Redha di tempat kerja,hehehehe.Yang kecik comel-comel tu,adik Sheil. Kembar kot kalau tak silap aku.
Nie plak parent si Redha..
Insyallah, kalau dipanjangkan umur ,mereka akan melangsungkan walimatulurus pada tahun nie. Kepada pembaca,marilah kita berdoakan mereka agar dipermudahkan rezeki dan diselamatkan dari apa-apa bencana dan kejahatan. Aminn...

.