Sabtu, 18 Oktober 2008

Nak jadi imam??


aku ingat senang,tapi pikir punya pikir,susah gak.yelah,baru belajar lah katakan.nak tau x apa yang aku dah belajar?
Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:

- Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak
disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam
keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu
lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah
makruh.

- Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di
permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut
menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya
hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.

- Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas
kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat
Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.

- Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang
berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya,
imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat
yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.

- Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada
takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah
terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh
dirinya sendiri.

- Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal)
atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja
sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai
keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu
kerana hukumnya makruh.

Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

- Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan
ta'awwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang
sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas
itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak,
dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.

- Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam
sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah.
Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas
al-Fatihah sebelum rukuk.

- Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak
terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.

Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga
perkara iaitu:

- Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan
tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.

- Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi
sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak
digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar
meletakkan dahinya di tempat sujud.

- Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar
tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada
dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan
pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.

Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah
selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

- Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk
memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.

- Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu,
terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di
belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.

- Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke
arah orang ramai.

1 ulasan:

Alfauzey berkata...

assalamualaikum..btul tu..weh,aku dh tukar address blog aku r..yg aritu pnye dh delete r..hehe..ni yg baru pnye: http://metamorph03.blogspot.com/

.